Resipi Ayam Paprik Junior untuk anak-anak ku

April 22, 2015

Assalammualaikum,

Hehe marilah Jiha kongsi Resipi Ayam Paprik Junior ni. Mudah je dan ianya sangat simple ye

Bahan-Bahan
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai (dititik)
1/3 sudu besar serbuk lada hitam
5 helai daun limau purut
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram

6 ketul ayam dipotong kecil-kecil
Sayur ikut suka seperti carrot, baby corn, kacang panjang, kubis bunga (tapi Jiha tak bubuh sebab takde stok sayur ni kat rumah hehehe)

Cara-cara masak

1. Tumis hirisan bawang besar dan kemudian bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan
2. Masukkan halia yang dihiris
3. Masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit air mengikut kepekatan yang diingini
4. Masukkan sayur dulu supaya cepat empuk
5. Masukkan ayam dan serai 
6. Masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
7. Biar ayam masak betul kemudian masukkan daun limau purut yang dicarik sedikit. Biarkan didih seketika kemudian tutup api.

Ta..Daa... siap la Ayam Paprik Junior yang mudah amat ni....Kalau nak yang Senior Version, tambah cili merah dan cili api..siap hahahah

(Yang Jiha google tadi die goreng dulu ayamnye, tapi Jiha tak kuasa, nak cepat hahaha dan cara ni ayam macam lebih empuk aje...Selamat Mencuba)

Rupa biasa tapi rasa sedap hehehehe

Selamat Menjamu Selera


LAGI ARTIKEL MENARIK

2 comments

  1. sodapnya..nk masak kat qistina la ptg ni.nk tukar udang :)

    ReplyDelete

Thanks Lovelies