Skip to main content

Cuci baju baby terapi untuk ibu mengandung hehehehe

Alhamdulillah last weekend dah cuci semua baju baby, baik yang 'hand me down' dan juga baju baru. Memandangkan baju 'hand me down' dari Aqeef, Auni and Sakinah banyak sangat. So untuk baby beli 6 pasang je yang Newborn dan 0-3months. Ada tak tertahan godaan sebab murah, ada juga beli size besar sikit 6 pasang juga. Tapi tu boleh simpan dulu kekekkee.

Serius terapi. Rasa nyaman sekali dapat basuh baju baby. 32 weeks awal lagi eh? Tapi takpe la tengah larat ni baik lah setelkan apa yang patut dulu kan. Masa Aqeef dulu, by 7months dah siap semua hahahha. Lagi la awal kan hehehehe.


Hah nyaman kan? Hahahaha. First round basuh baju yang putih2 dulu. Ni memang semua 'hand me down' tapi sebab simpan dalam vacuum bag, Alhamdulillah semua elok lagi, macam baru pun ada. Barut baby warna putih tu punya la banyak hahahaha. Tu semua kakak Jiha kasi masa Aqeef. 'Hand me down' dari anak2 dia. So since banyak barut ni hah, batalkan niat untuk tempah barut. Masa Auni pun Jiha ada beli yang jenis ada design2 ni...so in total ada 29 helai barut kalau tak silap hehehe.


Hah ni pun semua baju 'hand me down' hehehehe. Banyakkan. Memang ibu toksah nak gatal lagi beli lagi baju newborn. Ni pakai boleh rotate balik after sebulan kekekeke. Nanti la baby besar sikit, boleh beli baju baru ok. Baju baru tak ambil pulak gambarnya hehehehe.


Siap lipat. Satu bakul baju tidur, satu bakul baju siang, satu bakul blanket dan satu bakul untuk barut yang banyak tu hehehe. Nak cari organizer untuk letak mittens and booties tu, agak2 Mr Diy or Daiso ada tak organizer yang comel untuk mitten and booties ni. 

Ok so Untuk Baby, banyak juga dah setel, untuk ibu dan persiapan breastfeeding je belum lagi ni

Untuk baby
1. Diapers (NB)
2. Towel 3helai
3. Sleepwear 3 pasang (NB) Done
4. Daywear 3 pasang (NB) Done
5. Mitten, Booties 3 pasang Done 
6. Swaddle Me Blanket 1  Done tapi rupa tak seperti di gambar hehu tapi boleh la
7. Cotton Wool
8. Tropika Baby Cream
9. Tropika Baby Oil
10. Body Support for Car seat and Stroller

Untuk Ibu
1. Maternity Pad
2. Disposable Panty
3. Bengkung (extra)
4. Tropika Post Natal Massage Oil
5. Param, Pilis, Tapel (beli loose kat kedai jamu)
6. Tunku Besi
8. Booking tukang Urut

* Dapat akak tukang urut kat Penang ni, RM100 sehari. 
-Urut
-Tunku dan berbengkung
-Mandi Sauna (nanti
 dia akan bawak set mandi sauna dia ke rumah kita)

Untuk Breastfeeding
1. Nursing Bra
2. Storage Bottle
3. Storage bags
4. Feeding Bottle (senang ayah nak feed baby masa ibu berurut ke)
5. Disposable Breastpad 

Approaching 33weeks....hopefully baby keluar 40weeks macam kakak Auni hehehehe

Comments

Popular posts from this blog

Resipi Sambal Kicap Style Orang Johor Jawe

Salam semua... Hehehe Jiha nak share resipi Sambal Kicap Style Orang Johor. Ada beberapa version mengikut kegemaran Jiha dan juga suami. Jadi boleh la nak try version yang mana-mana pun ye.
Version 1 : Kegemaran Sang Isteri (Jiha la hehehe)Bahan-Bahan Cili Api/Padi segenggam (ikut suka nak pedas banyak mana) Bawang Putih 4 ulas Kicap Sedikit Garam dan Gula
Cara-Cara nya 1. Goreng dulu cili api/padi dan bawang putih (tak perlu hiris) 2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend 3. Siap
Version 1 ni Jiha suka sebab pedas betul, makan dengan sup atau soto memang terangkat hehehe.
Version 2 : Selera Suami ku (Yus)Bahan-Bahan Cili Api/Padi 4-5 biji Cili Hijau 5-6 biji Bawang Putih 4 ulas Kicap Sedikit Garam dan Gula
Cara-Cara nya 1. Goreng dulu cili api/padi, cili hijau dan bawang putih (tak perlu hiris) 2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend 3. Siap
Beza Version 2 ni ialah cili hijau tu je sebab dia nak…

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa.
Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan
Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe.
Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa
Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie. Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20 sahaja. Lepas sunat tu d…

Tips Kulit Cantik : Kepentingan Masker Muka untuk elak muka berkedut!!

Salam semua, hari ini Jiha nak share pasal Masker Muka. Dan nak cerita tentang kepentingan Masker Muka ni. Sesiapa nak elak muka berkedut kene baca sampai habis ok.
Kenapa pentingnya pakai Masker ni? Mencuci muka hanya menghilangkan kotoran di permukaan muka, tetapi tidak di bawah lapisan kulit. Masking ni membantu untuk exfoliates sel-sel kulit yang dah mati dan memastikan pori kita sentiasa bersih. So penggunaan toner, hydratind cleanser, cream akan berfungsi dengan lebih baik sebab pori dah bersih. Best kan??
Berapa kerap nak pakai Masker? Ok lepas cuci muka, boleh pakai masker terus, selepas tu baru lah nak pakai toner dan moisturizer ke. Untuk kulit normal, boleh pakai 2-3 kali seminggu Untuk kulit kering, boleh pakai 1-2 kali seminggu Untuk kulit berminyak, boleh pakai 3-5 kali seminggu
INGAT!! Pada yang ada suami tu, hehehe kalau boleh pakai lah time dia takda. Time dia ada make sure muka cun cun segar aje ok hehehe
Jenis-jenis Masker? Macam-macam kat pasaran ada kan, ada jenis pe…