Assalammualaikum,
InsyaAllah lagi 3 minggu sebelum due date. Alhamdulillah boleh katakan yang semua persiapan dah siap. Baik untuk ibu dan baby. Yang paling penting untuk ibu mesti lah Set Berpantang kan. Ahamdulillah ni pun dah siap. Yang Jiha pilih ialah set berpantang yang sesuai diambil ibu walaupun baby ada jaundis atau kuning.
Jom tengok apa ada dalam Set berpantang yang Jiha pilih.
Set Dalaman
Untuk kesihatan dalaman dan untuk cepat luka kering tentulah Jiha pilih Set Pantang Shaklee. Jiha pilih Set Pantang Premium terus sebab 3in1. Untuk pantang, untuk menyusu dan untuk kurus. InsyaAllah. Lagi bonus menarik set pantang ni, ianya selamat untuk dimakan walaupun baby ada jaundis. Nak tahu apa ada dalam Set Pantang Premium ni..hah ni dia
- Vitalea
- B-Complex
- Sustained Release Vita C
- Zinc Complex
- ESP
- Ostematrix
- Alfalfa
- Lecithin
- Omega Guard
Set Luaran
Since untuk dalaman, Jiha dah pilih Set Pantang Shaklee, so tak perlu nak beli Pakej Set Pantang lain dah. So yang lain tu memang plan beli dalam loose packs. Macam tapel, param, pilis, minyak urut. Dan rezeki lagi, tapel, param dan pilis tu kawan Jiha bagi sebab banyak lebih masa dia berpantang hari tu. Alhamdulillah.
Untuk minyak urut, Jiha pilih Tropika Post Natal Massage Oil. Bau dia sedap. Bengkung memang dah ada. Yelah dah dua kali beranak kan hehehe.. Ni kali ketiga, so banyak juga barang dah ada. Sekarang ni pun ada jual bengkung sahaja so tak payah beli pakej punya. Melalui pengalaman Jiha la, pakej ni mahal tapi tak guna especially jamu tu sebab takut tak sesuai untuk baby jaundis. Masa tu anak pertama 7 hari NICU sebab Congenital Pneumonia. So takut nak makan jamu sebab takut anak jaundis so kena masuk NICU balik.
Tungku Besi
Oh kali ni Jiha beli tungku besi juga. Senang nak bertungku sendiri nanti. Dulu memang bertungku dengan akak urut je la. So kali ni hari2 masa dalam pantang boleh bertungku. Tungku besi ni ada sarung herba dia. Panaskan dan masuk dalam sarung herba dan boleh bertungku dah.
Hehehehe excited pulak....hah stokin jangan lupa tau. Penting juga tu.
Doakan ye...semoga dipermudahkan urusan bersalin dan berpantang nanti. Doakan juga dapat exclusive breastfeed baby no 3 ni macam Aqeef dan Auni. Amin.
Comments
Post a Comment
Thanks Lovelies