Assalammualaikum,
Dah lama tak update kisah anak-anak dalam blog. Hehehe. Yang paling star dalam blog ni tentunya anak pertama. Aqeef Danial la. To be frank, anak-anak rakan blogger lain pun yang paling Jiha ingat nama dan cam rupa adalah anak pertama. Hehuhehu.
Ok lah, sejak jadi ibu anak tiga ni, kelam kabut sikit doniaku hehehe. I have a 6yo, 3yo and a soon to be 9months old baby. Masing-masing menuntut perhatian. Kadang-kadang ibu kalah, ibu burst. Hehuhehu. Tapi syukur sangat sebab sekarang ni ibu ada dapat la 'me time'. Thank You to my other half yang benarkan ibu join larian. Oh nikmat bila dapat buat aktiviti sendiri. Tak lama pun, dalam sejam je. Tapi cukup lah. Itu pon sudah happy dan dapatlah ibu relax dan recharge seketika hehehe.
Ok la, enough about ibu. Ni nak cerita ragam anak-anak recently.
Aqeef Danial memang menuntut kesabaran. Bila panggil tak sahut-sahut. Bila mandi kalau tak ditengok, melangut je dalam toilet. Aduhai memang gini ke fasanya. Pagi-pagi dah jadi tarzan ibu ni hehuhehu.
Auni Nadra ni dah besar sikit makin ok dengan ibu, kalau tak dulu dia punya la teging nya. Sekarang senang dengar cakap. Dia kata ibu is her bestfriend. Yang kelakar pulak sekarang ni dia di fasa kejap2 nak shi shi. Alhamdulillah dia cepat dan senang off diaper. Malam pun dah tak pakai diaper. Cuma sekarang ni la kejap-kejap berlari ke toilet nak shi shi.
Amna Haneena, lagi 12 hari nak masuk 9 months, merangkak dah boleh, tapi baru lah 3 rangkak gitu. Tapi sekarang ni sibuk nak berdiri pulak. Tapi berdiri berpaut la. Kalau berdiri lepas tangan, terkejut jugak ibu hahahaha. Lagi satu sekarang suka sangat nak mencakar. Berusaha bersungguh-sungguh nak ke muka kita nak cakar tu. Sabar aje lah hehehe
oh ok...Amna Haneena dah teriak nak susu tu. Nanti-nanti lah ibu cerita lagi ye.
Comments
Post a Comment
Thanks Lovelies