Bisnes dari rumah susah ke senang?

September 22, 2016


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah sudah 3 tahun lebih Jiha menjalankan bisnes hanya dari rumah. Macam-macam pengalaman manis, pahit jerih semua ada. Pengalaman yang membuatkan Jiha lebih 'grow' as a businesswoman and as a person. Suami pun banyak beri sokongan dan idea dalam perjalanan bisnes kami ini. 

work at home mom
We complete each other.


Di sebalik senyuman seorang wanita, banyak kisah manis pahit masam masin 

Mudah ke berbisnes online hanya dari rumah? Mudah ke bisnes Shaklee ni? Ada orang kata macam senang je bisnes Shaklee, dan nak juga join, tapi bila seminggu dua takde sales, terus nak give up. Alahai rugi dik.

Orang nampak sales kita macam lebat kan, tetapi orang tak tahu kepayahan, tak tahu sejauh mana usaha kita untuk capai semua tu. Jiha sendiri pernah tak tidur seharian, merangka2 strategi, terlalu nervous dan marathon update blog (Sila jangan ikut peel tak tidur seharian ni..saya sudah insof, menggangu proses detox tau). Kenapa? Ini sebab Jiha memang serius nak berjaya dengan bisnes Shaklee ni. Bukan nya jenis buat bisnes cuba jaya. 


'Kalau aku post ni kat facebook, ada sales ok la...tapi kalau Like pun takde, aku stop la buat Shaklee, aku buat bisnes lain lah'

Kalau ada pemikiran macam tu, mana2 bisnes pun anda pergi, susah nak berjaya.

Shaklee beri peluang yang sangat besar dan sama rata pada semua. Asalkan kita pasti dengan matlamat kita, asalkan kita sentiasa berterusan berusaha mengembangkan lagi bisnes Shaklee kita, InsyaAllah kita akan merasa insentif-insentif hebat yang Shaklee telah sediakan. 

Dan ada juga dapat feedback macam ni;

'Jiha boleh la...order Vivix masuk saje'

Percaya tak baru tahun ni la yang sales Vivix mencanak naik, sebelum tu nak jual sebotol pun sendu. Mana ada bayi baru lahir terus pandai berlari. Mana ada orang buat bisnes sehari dua, terus close sale berbotol2 Vivix. Ada ke? 

Perjalanan bisnes bukan lah sentiasa mudah...ada jerihnya. Di bawah ni antara feedback yang Jiha pernah dapat.

'Please stop sending sms promotion pasal Shaklee ni'

'Aku tak jadi lah ambil Set Mengandung dari ko' (padahal minggu lepas dia suruh kita sediakan stok dulu dia nak...terkorek2 la nak cari modal nak sediakan full set Mengandung masa tu)

'Saya dah taknak la buat bisnes Shaklee ni...takde orang nak beli lagi dah'


Jangan kata hati ni tak terasa terjerut dulu, tapi saya tahu saya kuat, saya tahu niat saya buat bisnes Shaklee ni. Saya ada Allah, ada suami, ada keluarga, ada keluarga Shaklee yang sangat supportive. Yang menolak saya terus ke depan. Lebih gagah. Ayat-ayat di atas tu sudah tiada apa-apa di telinga mahupon hati.

Takde Sales?
Takpe. 
Kita baca buku, kita baca article, kita tambah lagi ilmu untuk bantu existing dan potential customer kita. Tup tup eh eh mencanak balik Sales kita.

Ada yang berkeinginan nak buat Bisnes Shaklee?
Meh Jiha guide 

Whatsapp ok
0123807024
Mama Iron Millionaires


LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments

Thanks Lovelies