Skip to main content

Produk Kurus yang Selamat dan Berkesan


Makan supplement aje boleh kurus tak Jiha?
Makan Set Kurus ni boleh kurus tak Jiha?
Kalau tak jaga makan boleh kurus tak Jiha?

Soalan soalan tipikal. Ramai orang yang nak cepat aje semuanya. Nak amek mudah aje semuanya. 


Ala tak payah kata orang lain la...Jiha pun gitu gak dulu hahahahahaha
.
.
.

Untuk hidup lebih sihat, mana boleh bergantung pada supplement je semata. Nak kurus mana boleh bergantung produk semata, lagi2 lah kalau produk yang ngeri2 tu...'Kurus selepas 2 hari' 'Sapu aje kurus' 'Tampal je ni kak, terus kurus' ðŸ˜‚😂😂

Nehi kabi nehi ðŸ˜°ðŸ˜°ðŸ˜°

Supplement Shaklee ni membantu untuk lengkapkan nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Bila badan ni cukup nutrien, maka boleh berfungsi dengan sangat baik. Jadi apa yang kita makan dapat digunakan sebaiknya oleh badan. Takde la lemak berlebihan tu.

Tapi kene jaga pemakanan jugak. Jangan la hentam sebarangan. Memang tak mudah la nak ubah mendadak corak pemakanan. Tapi boleh InsyaAllah. Jiha bercakap dari pengalaman. Macam tak percaya boleh reduce kan nasi, boleh makan sayur banyak. And rasa bahagia je sebab makan sedap2.

Tak perlu berlapar pun nak kurus. Yang penting makan yang sihat dan bersih.

Senaman pun perlu supaya badan kita lebih segar, lebih selesa, lebih firm.



Jiha pun masih dalam Misi menurunkan berat badan secara sihat ni. Setakat ni turun 11kg dah. 9kg to go ðŸ˜˜ðŸ˜˜

Jiha seru lah pada orang yang nak turunkan berat badan, bijak lah memilih. Elakkan la pil ke teh ke yang pelik2 yang tiada kelulusan KkM. Kalau produk tu kata, 'Minum produk ni tak perlu risau...boleh je makan banyak mana pun, tak gemok punye'

Sila la berfikir dengan bijak. Kementerian Kesihatan pun dah banyak buat awareness pasal ni. Nak kurus, kuruslah dengan sihat, jaga pemakanan dan bersenam.

Jom bersenam hari ini. Saya sudah :)

Pssst: Nak join group EatClean& Detox Jiha. Khas untuk customers Jiha sahaja ok. Jom


Hubungi Jiha
0123807024

Comments

Popular posts from this blog

Simpul biawak semasa hamil tanda kurang kalsium?

Simpul biawak atau pun kekejangan pada betis semasa hamil sangat menyeksakan kan? Ramai ibu hamil yang mengadu tidak tahan. Jiha sendiri pun pernah ada pengalaman simpul biawak ni semasa hamil anak pertama. Esoknya terhencut-hencut berjalan. Tetapi anak kedua, ketiga dan keempat tak kena pun simpul biawak ni. Alhamdulillah. Nak tahu rahsianya? Gambar ihsan google Simpul biawak tanda anda Kekurangan Kalsium Tahukah punca kekejangan kaki ini ialah apabila anda kurang pengambilan kalsium. Ibu hamil terutamanya, sumber kalsium harian yang diambil mungkin tidak mencukupi kerana kalsium telah diserap oleh bayi dalam kandungan untuk pembetukan tulang bayi yang sihat. Jadi jika pengambilan kalsium tidak cukup untuk menyokong keperluan ibu hamil dan bayi, kesan jangka pendek nya ialah ibu hamil akan mengalami masalah simpul biawak atau kejang kaki.  Info : Ibu Hamil memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium sehari. Segelas susu mempunyai lebih kurang 100~200mg kalsium ...

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia...

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l...