Bayaran Balik PTPTN Supaya Tak Kena Blacklist dan Saman

April 03, 2017

Hutang PTPTN bila nak bayar? Jiha nak share cara buat bayaran balik PTPTN. Sebab kalau korang tak bayar PTPTN ataupun ada tunggakan, korang akan di blacklist dan juga saman untuk tindakan mahkamah. Aduhai, tapi yang penting, hutang memang wajib bayar.



Alhamdulillah Jiha dah selesai buat bayaran penuh terhadap baki pinjaman pelajaran dulu. Lega rasa. Seakan satu bebanan di kepala ni dah diangkat sedikit. Untuk Yus, baru buat 50% sahaja. Banyak sangat pinjaman dia. Yelah untuk Diploma dan Degree, total je dah dekat RM50,000. Jadi mak mak ayah ayah, mari cari duit lebih supaya anak-anak kita nanti tak perlu buat pinjaman pelajaran hehehee. 

Sebelum tu, Jiha deal dengan seorang Staff PTPTN ni. Memang sangat membantu. Semua soalan Jiha macam-macam di whatsapp tu semua dia jawab dengan terperinci. Bagi clear cut betul-betul. Kalau korang nak tanya dan uruskan bayaran balik PTPTN, boleh hubungi;

Staff PTPTN : Puan Masitah  014-8660629

Kat bawah ni link yang korang boleh check samada ada masalah Blacklist dan Sekatan Imegresen ataupun tidak



Kalau ada masalah senarai hitam boleh hubungi Puan Masitah ok. 


Akaun kedua KWSP boleh buat bayar PTPTN.

Untuk akaun PTPTN Yus, guna duit akaun kedua KWSP dia untuk buat 50% bayaran. Kalau dalam akaun kedua korang ada lebih lagi ataupun cukup 100% untuk buat bayaran balik PTPTN, buat lah. Takpe la duit KWSP dah berkurang asalkan hutang dapat dikurangkan. Itu yang lebih penting kan. 

Lagi 50% pinjaman tu, Yus buat permohonan Ujrah dan akan buat pemotongan gaji bulanan. Kalau buat pemotongan gaji ada 10% diskaun tau. So kalau korang taknak terlupa-lupa buat bayaran, elok la terus buat potongan gaji ni. 


Bayaran penuh lagi untung

Alhamdulillah macam Jiha cakap tadi, Jiha dah buat bayaran penuh sebab pinjaman dulu pon tak banyak. Sempat pinjam 2 sem je pon masa kat Politeknik PD. Bila berhenti Politeknik dan ambil Diploma dan Degree kat Uitm, dah tak pinjam PTPTN dah. Tajaan PAMA sepenuhnya. Alhamdulillah terima kasih abah dan mama. Yang pinjaman mula-mula pon sebab masa orientasi di Politeknik dulu, borang semua dah diisikan siap-siap, pelajar tinggal sign je. So mana la nak tahu kan. Abah Jiha kata, pandai-pandai aje ye buat pinjaman hehehehe. Ampun abah. 

Eh melalut dah ni. Hehehe. 

Kalau buat bayaran penuh lebih untung sebab dapat diskaun 15%. So kumpul-kumpul sikit duit hasil bonus dan suami belanja sikit. Dapat lah setelkan hutang PTPTN ku. Lega nya rasa.

So korang kalau ada masalah nak buat bayaran balik PTPTN, boleh la hubungi Puan Masitah tu ok. Hopefully korang pon dapat selesaikan hutang secepat mungkin.


Akhir kata.......

'Biar tiada hutang sebelum mati'

&

'Jom buat income dengan Shaklee'

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments

Thanks Lovelies