Skip to main content

Hello 19 weeks

Hmmmm lamanya tak menulis di blog. Kali ni memang agak dasyat sikit la tahap aloya tu hehehe. Rasanya 18weeks la baru takde muntah. Tapi tekak rasa loya tu ada juga sikit-sikit. Alhamdulillah dah boleh beraksi kembali di dalam dapur. Hahaha

Dasyat tau kali ni. Tak boleh tengok langsung ayam mentah, ikan mentah, sotong mentah, daging mentah. Yang boleh tengok udang mentah je. Even orang buat video masak-masak kat Instagram kalau dia tunjuk ayam mentah ke, cepat-cepat skrol sebab rasa nak muntah sangat. Gedik betul ehehe.


19weeks ni, Jiha dah rasa baby tendang dan mengeras kat bahagian kanan perut hehehe. Alahai rasa sekejap je....lebih kurang half way to go kan. Pejam celik pejam celik dah beranak hehehe.
Persiapan masih zero lagi ni. Sebab ada beberapa benda yang Jiha perlu fokus especially kesihatan sendiri. InsyaAllah 2 ke 4 minggu lagi boleh fokus shopping barang baby hahhaha. Since semua baju dan barang baby dah takde sebab dah kasi orang. Makanya kita kena beli semua baru macam baby 1st. Kene korek balik la blog ni untuk list barang baby hehehe. Nasib baik la simpan dalam blog ni. Senang nak rujuk.

Banyak nye benda nak kene fikir ni. Dengan nak bersalinnya. Dengan Jiha sekarang ni tengah tertunggu-tunggu kunci rumah. Harap sangat boleh dapat cepat so bulan December nanti rumah dah selesa diduduki, selesa sikit nak berpantang. Korang doakan ye Jiha dapat kunci dalam bulan August ni. Baby nak berpantang dekat rumah baru. Hehehe

Ok lah, nanti bila dah tau gender, which is sebulan lagi appointment dengan doktor, Jiha share lagi ye about my pregnancy. And ada satu cerita pasal pregnancy kali ni yang Jiha nak share. Tunggu.....

Assalammualaikum

p/s: Kalau korang nak mencari supplement Shaklee, boleh whatsapp Jiha ok 0123807024

Comments

Popular posts from this blog

Resipi Sambal Kicap Style Orang Johor Jawe

Salam semua... Hehehe Jiha nak share resipi Sambal Kicap Style Orang Johor. Ada beberapa version mengikut kegemaran Jiha dan juga suami. Jadi boleh la nak try version yang mana-mana pun ye.
Version 1 : Kegemaran Sang Isteri (Jiha la hehehe)Bahan-Bahan Cili Api/Padi segenggam (ikut suka nak pedas banyak mana) Bawang Putih 4 ulas Kicap Sedikit Garam dan Gula
Cara-Cara nya 1. Goreng dulu cili api/padi dan bawang putih (tak perlu hiris) 2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend 3. Siap
Version 1 ni Jiha suka sebab pedas betul, makan dengan sup atau soto memang terangkat hehehe.
Version 2 : Selera Suami ku (Yus)Bahan-Bahan Cili Api/Padi 4-5 biji Cili Hijau 5-6 biji Bawang Putih 4 ulas Kicap Sedikit Garam dan Gula
Cara-Cara nya 1. Goreng dulu cili api/padi, cili hijau dan bawang putih (tak perlu hiris) 2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend 3. Siap
Beza Version 2 ni ialah cili hijau tu je sebab dia nak…

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa.
Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan
Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe.
Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa
Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie. Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20 sahaja. Lepas sunat tu d…

Kedai Perabot MURAH di Pulau Pinang

Since ramai sangat yang bertanya tentang almari gojes khas untuk stok Shaklee tu... ok let me share
Memang kedai perabot ni MURAH la di area Pulau Pinang ni. Jiha discover masa mula-mula pindah Penang dulu sebab nak mencari stove cabinet. Since rumah sewa kan, cari yang murah la. Rumah sendiri nanti, kalau ada rezeki baru la pasang kitchen cabinet idaman kalbu ahahahaha.
So google punya google jumpa la... stove cabinet nya RM120 je. Rata-rata kedai yang kami survey, paling murah pon rm300, kualiti yang sama malah ada yang lagi teruk kualiti pun ada tapi mahal. Oh NO...tidak berbaloi. So akhirnya kat kedai Uncle tu, dapat beli stove cabinet dan cabinet untuk letak pinggan mangkuk semua. Puas hati hehehhee.
Almari stok Shaklee ku yang murah. Nak yang macam Ikea macam neni Hadhatina punya, tapi tak muat kereta la pulak nak angkut dr sana ke Penang. And if nak kumpul order pon...kos lori semua tu jd mahal jugak. So google and jumpa satu kedai ni, kat Simpang Ampat. Tapi harganya RM700. So…