Skip to main content

CARA SEDUT HINGUS BABY DENGAN MUDAH

Assalammualaikum,

Hi parents, mesti risau kan kalau baby or anak kecil korang sedang selsema. Hidung yang tersumbat boleh tidak tidur lena dibuatnya. Kesian baby macam nampak susah sangat nak bernafas sebab hingus penuh hidung.

Ok ni Jiha nak share tool yang Jiha guna dan sangat-sangat Jiha cadangkan korang wajib ada atleast SATU tool ni.

Ni namanya Nasal Aspirator. Sebenarnya ada banyak jenis di pasaran. Jiha pernah beli yang jenis pakai battery, tapi tak berapa berkesan. Kalau boleh dapatkan exactly macam ni tau, sebab tiub nya yang tidak terlalu panjang akan menyenangkan untuk menyedut. Sebelum ni Jiha ada juga beli yang seakan ni tapi tiub nya panjang. Tapi naik semput pulak ibu kena sedut lama, hehehehe tak cukup nafas.

Kalau nak tahu, Jiha beli Nasal Aspirator ni kat Twinsbaby, bersebelahan Tesco Ampang, KL. Tapi rasanya korang boleh la beli online. Make sure beli yang ada gambar Cow ni ye. (Auni Nadra panggil Moo Moo hehehehe)

Macam biasa sebelum sedut, lebih elok kalau STEAMING dulu. Bagi kahak dalam paru-paru jadi loose, selepas tepuk fisio. Hah lepas ni kalau sedut, memang banyak la hasil sedutan nya tu. Anak pun lepas tu boleh tidur dengan lena.

Tips beri Nutrient cukup untuk anak

1. Sekiranya baby bawah umur 6 bulan dan selsema, breastfeed lah baby sekerapnya. Percaya yang susu Ibu adalah penawar untuk baby cepat sembuh. Tapi Ibu kena pastikan diri sendiri menjaga pemakanan dan ambil supplement yang bersesuaian.

2. Untuk baby yang sudah 6 bulan ke atas dan telah pun mengambil solid food, elakkan puree buah-buahan kerana ini akan menggalakkan lagi kahak. Untuk sumber vitamin C agar dapat meredakan selsema baby, beri puree labu atau puree keledek manis.

3. Untuk anak setahun ke atas, sama juga, elakkan beri buah-buahan, sediakan menu yang berasaskan labu atau keledek manis. Dan jangan lupa supplement untuk kanak-kanak seperti Mealshakes, Omega dan Chewable Vita C yang boleh meredakan batuk selsema dan juga sebagai perisai untuk anak agar jarang terkena demam dan selsema batuk. InsyaAllah.

Jiha harap perkongsian mengenai Nasal aspirator dan sedikit tips ini dapat dimanfaatkan semua.
Jaga diri ok. Sekarang ni musim Jerebu. Dan katanya, virus Rotavirus sedang menular ni.

Nasal Aspirator

Comments

  1. maaf yer puan, sebenarnya labu tu lagi menggalakkan kahak kerana buah itu sejuk..ni paed yang nasihat kat saya lepas anak saya alami sesak nafas akibat kahak yang banyak lepas makan labu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke...terbalik pulak ye dengan info yang saya dapat dari nutritionist.
      Alhamdulillah, anak2 saya serasi agaknya dengan puree labu. Sebab kalau selsema mmg saya elakkan buah dan beri labu sahaja sebab labu lebih tinggi vitamin C.

      Delete
  2. Nice sharing pasni bleh la try, selalu bwk pi dr. je sedut if byk sgt hingus, tpkan klu iman tinggi sedut sendiri je pun boleh sebenarnye XD

    Jom terjah : Bukti GST Naikkan harga barang!

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20