Salam Isnin semua.... siapa nak cantik?
Ok hari ni Jiha nak share Tips cantik dengan Tomato.
Selain bagus untuk dimakan, ianya juga boleh digunakan sebagai pencuci, pelembab dan masker... Jom baca dengan lebih lanjut
Tahu tak?
Jus tomato boleh membantu mengecilkan liang pori pada kulit wajah. Untuk kesan yang lebih optimum, titiskan sekali 4 titis jus lemon pada satu sudu jus tomato itu. Sapukan ia pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas menggunakan air suam.
Tahu tak?
Tomato juga boleh dibuat masker. Lenyekkan tomato dan sapukannya pada keseluruhan wajah dengan rata. Tunggu selepas satu jam, lepas tu boleh cuci. Akhiri proses tersebut dengan menggunakan pelembap. Jerawat akan dapat dikurangkan menerusi penggunaan yang berterusan. Tomato memiliki fungsi penyejuk bagi melicinkan kulit dan menyerap minyak berlebihan pada wajah.
Tahu tak?
Tomato juga boleh disapukan pada bintik gelap. Bilas dan sapukan pelembap. Menyapu hirisan tomato pada bintik gelap merupakan antara penawar mujarab bagi menghilangkan bintik yang tidak dikehendaki itu.
Tahu tak?
Jus tomato jika dikisarkan ia bersama jus timun dan disapukan pada wajah, jika dilakukan secara konsisten, ianya mampu mengawal penghasilan minyak pada wajah.
Tahu tak?
Masker tomato dan yogurt boleh menyelesaikan masalah kulit kasar dan kusam. Sapukan jus tomato yang dicampur dengan yogurt pada kulit dan bilas selepas 20 minit menggunakan air suam. Yogurt menjadikan kulit berseri secara sihat dan meningkatkan kandungan protein pada kulit manakala tomato meneutralkan permukaan kulit sambil menyejukkannya.
Berminat dengan SET KULIT CANTIK Shaklee? Klik SINI
JIHA 0123807024
atau boleh refer link ini ya --> Cara Nak Hubungi Saya
Comments
Post a Comment
Thanks Lovelies