Skip to main content

Tips Kulit Cantik : Kepentingan Masker Muka untuk elak muka berkedut!!


Salam semua, hari ini Jiha nak share pasal Masker Muka. Dan nak cerita tentang kepentingan Masker Muka ni. Sesiapa nak elak muka berkedut kene baca sampai habis ok.

Kenapa pentingnya pakai Masker ni?

Mencuci muka hanya menghilangkan kotoran di permukaan muka, tetapi tidak di bawah lapisan kulit. Masking ni membantu untuk exfoliates sel-sel kulit yang dah mati dan memastikan pori kita sentiasa bersih. So penggunaan toner, hydratind cleanser, cream akan berfungsi dengan lebih baik sebab pori dah bersih. Best kan??

Berapa kerap nak pakai Masker?

Ok lepas cuci muka, boleh pakai masker terus, selepas tu baru lah nak pakai toner dan moisturizer ke. Untuk kulit normal, boleh pakai 2-3 kali seminggu
Untuk kulit kering, boleh pakai 1-2 kali seminggu
Untuk kulit berminyak, boleh pakai 3-5 kali seminggu

INGAT!! Pada yang ada suami tu, hehehe kalau boleh pakai lah time dia takda. Time dia ada make sure muka cun cun segar aje ok hehehe

Jenis-jenis Masker?

Macam-macam kat pasaran ada kan, ada jenis peel off, clay dan macam-macam brand lah, tapi I am no longer using all that hehehe sebab dah ada Masker Idaman Hati weeee. Sat gi Jiha share ye. Tapi sebelum tu nak cerita Masker buatan sendiri yang pernah Jiha amalkan hehehe

Masker Tisu dan Telur Putih

masker tisu dan telur putih

Hehehe ini memang selalu sangat buat masa zaman sekolah dan uni. Murah lah katanya kan. Guna kan telur putih dengan tisu je. Macam biasa cuci muka dulu. Lepas tu seidakan macam kat atas ni. Tisu tu potong la kecik sikit, guna 1 ply (lapisan tisu), size tisu poket tu gunting dua, lalu kan dekat telur tu, lepas tu tepek la seluruh muka. Ingat, eye and mouth area jangan letak pulak ye..Kang kalau gerak-gerak, kedut pulak hehe sebab eye area kawasan dia lembut. Mulut tu kang nak cakap susah pulak kan hehe. Tunggu la sampai kering lepas tu boleh la peel off sama dia. Best best hehehe.

Masker Timun

set kulit cantik shaklee

Haha ini pon antara yang murah juga ni. Timun tu blend je halus dan tepek la kat muka. Segar juga. Oh ya selalu nya pemakaian masker ni dalam 20min je gitu atau pun sampai la dia kering. Tapi untuk Masker timun ni, timun kan berair kan, jenuh la nak tunggu kering hahaha, so 20 min pon ok dah ye.

Masker Idaman Hati I kala ini hahahaha

set kulit shaklee

Jeng jong jeng...hehehe jangan terkejut tengok muka I ye.. Tapi ni lah masker paling best abad ini. Lakukan dengan konsisten and you will see the difference. Ini lah Masker ESP dan Vita E hehehe. Senang je nak buat dia, ambil la setengah sudu besar ESP, dan kacau dengan air, agak-agak la kelikatan dia tu kan, jangan la cair sangat kang meleleh aje pulak. Lepas tu ambil sebiji Vita E Complex, guntingkan dan picit ke dalam sebatian ESP tadi. Kacau sampai sebati.

Oh ya, ada juga orang mix dengan Yogurt. Jangan lah pulak mix dengan Yogurt perasa mangga ke apa hahaha. Amek yang Plain Yogurt sudah. Kang terover manis pulak nanti hehehe. Kesan nya sangat segar ok lepas buat Masker ESP dan Vita E Complex ni.

Nak cuba Masker yang istimewa ini, mudah sahaja. Hasilnya memang menawan dan yang penting ianya selamat. Tiada kesan sampingan pada kulit tau. Nak dapatkannya, mudah sahaja, cuma klik Ikon di bawah ini ya

CARA NAK KECILKAN PORI MUKA ---> KLIK SINI

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan MASKER ISTIMEWA ini ini,klik Ikon di bawah;

Klik di sini

Ataupun Jika anda ingin DAPATKAN PENJIMATAN HEBAT 15-20%

Isi borang dengan klik Icon di bawah ini dan Jiha akan hubungi anda untuk Consultation.



NAJIHAH RAZALI
0123807024
sitinajihah83@gmail.com


Ok la...hehehe jangan lupa ber masker ye...takmo kedut sebelum waktunya kan hehehe


Comments

  1. terbaik! masker shaklee best sangat.hihi.

    ReplyDelete
  2. o camtu ye. Asiah ni pakai masker time rajin. Pakai yg carcoal tu. Kat umah ade ESP jerk.Vit.E xde....;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Asiah hehe.... takpe ESP pon takpe...try lah bubuh yogurt plain ke...best jugak tau

      Delete
    2. En Muhammad Solihin, ESP tu Protein Powder...boleh minum dan boleh juga dibuat masker

      Delete
  3. hritu bru beli esp tapi vit e tu xbeli la pulak T.T dh la memang fav pakai mask tak dpt nk try yg ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia...

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l...

Batas Aurat Dengan Keluarga Mertua Supaya Tidak Salah SALAM di Hari Raya

Assalammualaikum, Kini Ramadhan dan tidak lama lagi Syawal bakal menjelma. Adat orang kita kena bersalam-salaman lebih-lebih dengan mereka yang lebih tua sebagai tanda hormat. Tetapi sebagai orang Islam kita perlu tahu batas aurat kita kerana Hukum Islam melebihi dari adat.  Saya terjumpa di Facebook info ini, Alhamdulillah inisiatif dari hamba Allah ini sangat bermakna dan semoga kita semua dapat memanfaatkannya. Turutan dalam keluarga mertua yang kita patut tahu batas aurat kita. Terima Kasih Wardah Rashid