Skip to main content

SET PANTANG DAN AMALAN KETIKA PANTANG

Assalammualaikum,

Hari ni Jiha nak share tentang Set Pantang yang PREMIUM. Kenapa Set Pantang PREMIUM? Sebab ianya consist of Set Pantang dan juga Set Menyusu. Sebab masa dalam pantang ni lah, ibu-ibu pulun nak pam susu untuk buat stok kan.

Keistimewaan Set Pantang ini

  1. Berdasarkan pengalaman Jiha, luka elok baik dan kering selepas 10 hari.
  2. Lebih bertenaga
  3. Tiada demam
  4. Boleh diguna terus selepas bersalin
  5. Tidak risau bayi jaundice (kecuali Alfalfa, ada aturan makan nya)
  6. Tiada masalah pening-pening kepala
  7. Kurang stress 
  8. Tiada masalah sembelit.
  9. Kurang masalah bengkak susu
  10. Susu banyak 
  11. Susu pekat dan bayi cepat kenyang
Keseluruhannya memang sangat berpuas hati dengan Set Pantang ni. Memang berbeza pengalaman berpantang anak pertama dan yang kedua ni. Lebih-lebih lagi bab luka bersalin dan sembelit tu. Masa pantang anak pertama, luka bersalin tu selepas 3 minggu pun masih basah dan sakit. Sembelit lagi lah. Rasa macam sakit contraction datang lagi sekali tau. Huhuhuhu punya lah seksa. Tapi syukur dengan Set Pantang Premium ni semua masalah tu dah tiada.

set pantang budget
Set Pantang Moden yang semakin mendapat tempat di hati ibu-ibu masa kini.

Perlu tak Set Pantang yang lain?

Since dah beli Set Pantang Premium ni, Jiha cadangkan kalau nak beli herba untuk kegunaan luaran, baik beli yang dijual berasingan. Tapel, Param, Pilis ada dijual dalam peket-peket kecil yang berasingan. Dan kalau korang duduk area Ampang ke, Keramat ke, Jiha boleh rekomen akak tukang urut yang best. Dia ada sediakan air mandian herba juga. Sepeket RM10. Boleh buat dua kali mandi. Memang segar lepas mandi air herba yang dia buat tu. Wangi daun-daun dan limu memang segar sekali. Kalau nak khidmat urut pun, Jiha rasa harga dia masih berpatutan la. 


Amalan Semasa Pantang

1) Tidak boleh minum air banyak?

Kalau ikut nasihat doktor memang dia suruh minum air banyak. Jiha agree sangat. Sebab kita dah banyak keluar darah kan. So kena lah minum air untuk cepatkan lagi proses baik luka tu. Plus, kita kan nak menyusu anak kan. So memang lah kena minum air banyak. 

2) Bertungku dan Bertangas

Ini kena buat sebab lepas bertungku tu, darah kotor akan lebih banyak keluar. Dan rasa lega sangat leps bertungku, rasa perut kempis hehe. Bertangas pula, herba untuk tangas pun Jiha minta pada akak urut tu. Panaskan batu sungai, lepas tu tabur je herba kat batu tu dan kemudian bertangas lah. Bagus untuk kecutkan rahim.

3) Mandi Air Herba

Macam Jiha mentioned kat atas tadi, mandi air herba memang best. Segar. Selain tu boleh juga untuk cuci luka bersalin.

4) Berurut, Tapel, Param dan Pilis

Berurut memang wajib. Untuk betulkan urat-urat, untuk sengkak rahim. Oh Jiha memang suka berurut. Memang ambil 7 hari berturut, dan penutup pantang. Berpantang anak kedua ni Jiha pakai tapel je. Lepas berurut tu, sebelum dibengkungkan, akak urut akan sapu tapel pada perut. Param Jiha tak pakai sebab gatal. Pilis pun tak pakai sebab serbuk dia jatuh-jatuh and kena baby masa berurut. Nasib baik ada B-Complex so takda la pening kepala.

5) Berbengkung

Ni kene rajin hehehe. Pakai sendiri memang fail lah. Kena minta tolong orang pakaikan. Hehehe. Sekarang ada option bengkung moden. Mungkin tu senang sikit nak guna kan.

Berpantang dengan SIHAT


Ok ini lah dia antara amalan yang kena buat masa pantang. Selain tu pemakanan yang seimbang penting ya. Jangan lah makan biskut kering dan kopi O je. Takde khasiat.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan Set Pantang Shaklee ini,klik Ikon di bawah;

Klik di sini

Ataupun Jika anda ingin DAPATKAN PENJIMATAN HEBAT 15-20%

Isi borang dengan klik Icon di bawah ini dan Jiha akan hubungi anda untuk Consultation.



NAJIHAH RAZALI
0123807024
sitinajihah83@gmail.com

atau boleh refer link ini ya --> Cara Nak Hubungi Saya

Comments

Popular posts from this blog

Simpul biawak semasa hamil tanda kurang kalsium?

Simpul biawak atau pun kekejangan pada betis semasa hamil sangat menyeksakan kan? Ramai ibu hamil yang mengadu tidak tahan. Jiha sendiri pun pernah ada pengalaman simpul biawak ni semasa hamil anak pertama. Esoknya terhencut-hencut berjalan. Tetapi anak kedua, ketiga dan keempat tak kena pun simpul biawak ni. Alhamdulillah. Nak tahu rahsianya? Gambar ihsan google Simpul biawak tanda anda Kekurangan Kalsium Tahukah punca kekejangan kaki ini ialah apabila anda kurang pengambilan kalsium. Ibu hamil terutamanya, sumber kalsium harian yang diambil mungkin tidak mencukupi kerana kalsium telah diserap oleh bayi dalam kandungan untuk pembetukan tulang bayi yang sihat. Jadi jika pengambilan kalsium tidak cukup untuk menyokong keperluan ibu hamil dan bayi, kesan jangka pendek nya ialah ibu hamil akan mengalami masalah simpul biawak atau kejang kaki.  Info : Ibu Hamil memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium sehari. Segelas susu mempunyai lebih kurang 100~200mg kalsium ...

Steaming the 'Dr Nadir' style hehehehe

Hopefully gambar rajah di bawah senang lah utk difahami ye hehehe..... ATTENTION: Anak of course akan menangis cos tak selesa cos wap yang agak panas....kite as parent ni kene la berhati tabah (huhhu i kememe bab tgk anak sakit gini)..... tp bile tgk kahak n ingus yang kuar selepas itu and anak pon dpt tido lena afterwards...hati ibu pon rasa sgt lega ;) Kalau anak selsema batuk....atleast 4 kali steaming even anak tak selsema & batuk...atleast once a day...let say after steaming tu die batuk2, means ada kahak la dalam paru2, kalau tak batuk, means paru2 ok ;) jadikan steaming tu rutin harian, u have nothing to lose pon (kata Dr Nadir).... and don't forget to tepuk and sedut guna NA after steaming tau..... pg td after steaming Aqeef, tepuk and sedut..hamek ko ingus warna ijo.... Step 1: panaskan air dlm rice cooker, Dr Nadir suh buh vicks sket but i chose not to (sebab baca kat Vicks Baby Balsam tu die state that 'not to be heat in water, do not vaporized b...

Apa aje yang tak cuba......Eczema Aqeef Danial

Ni antara cream + lotion + minyak yang digunakan for his Eczema... yang prescribed from dermatologist semuanye ada steroid...... Elomet, Bactroban, Fusidin, Nizoral+Elomet+Fusidin, Hydrocortisone, Univate....huhuhu pening pening Utk elak kan guna steroid based cream ni...ramai yang suggest Physiogel...tp tak berkesan kat Aqeef....then Laleli olive oil pulak.....ni pakai utk moist kan kulit aje, not to treat...tak nampak kesan sgt Pastu hubby google2...jumpe Healin product ni...Gamat Derma-X..awal2 pakai nampak ok...tp rasanye gel ni mcm panas sket la + mcm scrub sket..so mcm ada gatal2 sket bile apply kat kulit Aqeef huhuu...mahal gilos gel ni Pastu ada hamba Allah dgn baik hati hadiahkan Aqeef Sudocrem....ok...nampak ok..cume bile eczema teruk...dgn berat hati terpaksa pakai jugak Elomet Tapi..apa yang I perasan..since dgr nasihat Dr Nadir utk stop giving Aqeef ubat tahan gatal, ubat batuk, ubat selsema dll....eczema Aqeef walaupon blom baik sepenuhnya, tp tak menyerang ganas mcm dulu...