Cabaran 30 hari blogging day 10 : VISSION BOARD NAJIHAH RAZALI

September 25, 2014

Assalammualaikum,


Cabaran Blog hari ke 10 ini bertajuk 'Vission Board'

Ok, sebelum Jiha nak share Vission Board, nak cerita sikit lah apa lah Vission Board ini kan.

Apa Vission Board ni?

Vission board ialah sejenis tool untuk membantu kita lebih JELAS, TUMPUAN dan SENTIASA FOKUS dengan MATLAMAT/IMPIAN  yang kita inginkan.

Boleh gunakan apa jenis board asalkan ia memaparkan GAMBAR yang ada apa yang KITA INGIN JADI, BUAT dan DAPAT dalam hidup ini.

Kenapa perlu buat Vission Board?

Sebagai manusia, kita tidak lari dari kehidupan yang sibuk dan lari dari fokus utaman kita. Jadi dengan adanya Vission Board ni, ia membantu
  • Kenalpasti apa Visi dan menjadi lebih JELAS
  • Mengukuhkan lagi affirmation(IKRAR) harian
  • Beri perhatian kepada NIAT kita


Vission Board Jiha

Banyak benda yang Jiha nak. Memang Jiha akui, dengan adanya Vission Board ni, memang sangat membantu. Dalam bisnes, adakala kita ada rasa down, tapi lepas lihat Vission Board ni, kita akan lebih bersemangat. Lebih-lebih lagi kalau di dalam Vission Board kita itu ada melibatkan anak-anak kita, ibu bapa kita. Takkan kita nak kalah dalam perjuangan kan?
Vission Board di wall SOHO saya.
Hehe nampak tak Vission Board Jiha dalam  gambar tu. Di belah kanan bawah gambar. Itu lah Vission Board Jiha. Dengan gambar poster Master Celebration yang paling besar nanti. Ya, kami akan diraikan dalam Majlis Persandingan kedua kami suami isteri di MASTER CELEBRATION kami. InsyaAllah.
Tips : Letak Vission Board di tempat yang korang sering lihat. Lihat hari-hari, malah suami pun boleh lihat dan aminkan sekali. Boleh letak satu pada screen laptop juga. Dua ni memang Jiha 'check in' hari-hari.

What is in your Vission Board??



LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments

Thanks Lovelies