Cabaran 30 hari blogging day 2 : RESIPI BEGEDIL YANG SEDAP

September 17, 2014

Assalammualaikum,

Maaf ye kawan-kawan sebab lambat sangat up entry resipi begedil ni. Dah habis raya dah pun hukhukhuk.

Tapi bila-bila pun boleh makan kan begedil ni hehehe.

Begedil ni memang sedap. Macam Jiha kalau makan Soto, tak lengkap lah makan soto tu kalau takde begedil tau. Feeling dia memang lain sangat.

Ok so hari ini nak share resipi Begedil mama saya yang sedap itu hehehe

Bahan-bahannya (Untuk 5-6 orang makan)


  1. 7 biji Kentang
  2. 1 peket Daging cincang 
  3. 2 helai Daun sup (boleh tambah ikut suka)
  4. Segenggam Bawang Goreng (boleh tambah ikut suka)
  5. Lada sulah kisar (boleh tambah lada hitam juga)
  6. Garam
  7. Secubit Udang kering (optional)
  8. Telur
resipi begedil
Antara bahan-bahannya. Kali ini Jiha tak letak udang kering. Tak letak pun dah sedap dah hehehe.

Cara-caranya

1) Persiapan bahan

  1. Potong kentang kecil-kecil (seperti di gambar), dan goreng. Pastikan cukup empuk kentangnya ye. (NOTE : Jangan goreng guna Actifry or Airfryer sebab Jiha dah cuba, kentangnya jadi peroi dan susah untuk di 'begedil' kan nanti, rebus pun jangan sebab nanti tekstur kentang tu tak sedap dan susah juga untuk di'begedil'kan)
  2. Cuci daging cincang hingga bersih dan gorengkan sedikit. Guna minyak yang sedikit sudah mencukupi.
  3. Hiris halus Daun sup.
  4. Blend kering udang kering tadi hingga halus

2) 'Begedil' kan dia

Apabila kentang yang sudah digoreng tadi sudah tidak terlalu panas, lenyekkan dia sampai jangan ada ketul-ketul.

Kemudian masukkan bahan 1-7 dan gaulkan hingga sebati.

Kemudian bulat-bulatkan dan kedap-kedapkan bulatan begedil tu. Kena kedap kalau tak masa goreng nanti dia akan pecah-pecah, so tak cantik dan tak jadi lah begedil korang nanti.

Setelah selesai bulat-bulatkan, boleh la mula menggoreng. Pecahkan telur dalam bekas, kemudian salut telur, kemudian boleh la goreng!!!

lecithin shaklee
Ini lah rupa begedil ....makan dengan Soto memang terangkat hehehhe


SIAP!!!

Selamat Mencuba!!

LAGI ARTIKEL MENARIK

2 comments

  1. Sedapnyer..cicah dgn sambal kicap.pehhh mmg layan

    ReplyDelete
  2. samala kite.. saya pun suka gile bergedil.. kentang tu lagi satu kalau direbus dia cepat masam kalau kite biar kat luar sebelum digoreng ngan telur.. tp kalau goreng ok je.. base on experiance.. eh eh paham ke dak ni??

    ReplyDelete

Thanks Lovelies