Skip to main content

BETUL KE SUSU BANYAK JE BOLEH BERJAYA FULL BREASTFEED ??

Assalammualaikum semua...

Hari ni rasa nak cerita pasal pengalaman menyusukan anak-anak ni. Hehehe bercerita pasal breastfeeding je terus rasa blushing muka. Sebab seronok betul kalau bercerita bab ni hehe.
Tapi betul ke stok susu kena banyak melimpah ruah baru boleh berjaya full breastfeed?

Alhamdulillah 2 tahun lengkap untuk Aqeef Danial.

Alhamdulillah, anak pertama. Memang kuat sangat keinginan untuk menyusu badan dari mengandung lagi. Dan bersyukur, pesanan suami yang ini 

'Sayang nanti baby kita nanti, bagi susu ibu tau, bagus'

Lagi lah bertambah kuat semangat tu. Rakan sekerja pun banyak beri sokongan juga. Cuma mama tak sangat pada mulanya sebab mungkin takda pendedahan sangat pasal susu badan sepenuhnya ni. Pada dia susu badan ni masa dalam pantang je. Tapi lama kelamaan, dia pun dah faham dan support. Kita kena bagi pendedahan kan. 

Susukan Aqeef Danial ni banyak cabaran nya. Tiba-tiba ada satu fasa tu, susu merundum jatuh. Tak tahu lah kenapa. Sebab rutin pumping sama, tak pernah miss untuk pump. 

Memegang konsep asas, iaitu demand and supply, Jiha ikhtiar juga dengan pelbagai milkbooster. Macam-macam cuba. Itu usaha Jiha. Memang bukan semua milkbooster serasi dengan kita. Kena try and error dan kalau dah jumpa yang serasi tu, sila lah konsisten.

Nak tahu tak, ada masa tu Jiha bak 'kais pagi makan pagi' tau. Masa hantar Aqeef kat Taska, dapat bekalkan 2 botol je. So sesi pagi di opis Jiha dapat 2 botol biasanya. Waktu lunch je, Jiha dah terpacak depan taska untuk hantar 2 botol susu untuk belah petang dan Jiha direct feed Aqeef juga masa lunch time tu. 

Lama juga fasa ni sehinggalah susu kembali pulih. Dugaan breastfeeding sungguh kan. Tapi apa pun, berkat kesungguhan nak beri susu ibu kat Aqeef. Jiha gagahkan diri juga.

Dan masa 22bulan, Jiha pregnant, letih juga masa tu, tapi memang target nak susukan sampai 24 bulan (2 tahun). Alhamdulillah dipermudahkan juga. Masih dapat pam satu sesi 5oz. Tak banyak sangat tapi syukur masih ada dan cukup.

Bagaimana nak banyakkan susu ibu?

Auni Nadra dah 19bulan dan masih menyusu

Alhamdulillah, untuk anak kedua, Auni Nadra, Jiha masih menyusukan dia. Dugaan lain pulak. Susu banyak. Tapi pattern menyusu dia lain sikit dari abang. 

Kalau dulu abang minum sepuasnya sampai kosong cik B, Auni Nadra minum macam main-main. Hehehe. Lepas tu dia tak pandai latch sendiri. So setiap kali memang ibu akan bantu. Sampai sekarang ye. So ibu rasa kurang puas di situ. Sebab dia minum tak bersungguh. Heheheh macammana nak describe ye perasaan ni. Senang kata kalau nak ada kepuasan tu, lepas susukan Auni Nadra, kena pump. Tapi masih rasa dia lain kalau dibandingkan dengan baby yang kosongkan cik B tu.

Dan ada hikmahnya Jiha amek keputusan untuk berhenti kerja dan bekerja hanya dari rumah, Auni Nadra reject bottle. Dia memang taknak langsung EBM. Walaupun dah beri guna sudu, syringe, straw. So she is a direct fed baby. Hehehe.

Jiha sebagai wahm dan anak di depan mata, dan dengan Auni yang minum kejap-kejap tu. Kalau ikutkan memang letih la dan kena stop2 kerja sebab nak susukan dia. Tapi Jiha minum ESP untuk sentiasa maintain bertenaga. Alhamdulillah sudah dua kali berpuasa sambil menyusukan Auni Nadra. Steady Alhamdulillah. Memang berbeza masa menyusukan Aqeef Danial masa bulan puasa dulu. Terus flat. Rasa macam di sedut-sedut tenaga lepas tu terbaring hahahha. Drama sungguh. Hehehe Alhamdulillah dan susu pun banyak lepas consume Set Menyusu.

Harapnya, dapat meneruskan penyusuan lengkap untuk Auni Nadra. Dan rasanya nanti selepas 2 tahun, biarlah dia yang wean off sendiri. Macam Aqeef Danial pun dia sendiri yang wean off. Bila dia dah ready.

Ok lah, ini je serba sedikit pengalaman Jiha menyusukan anak-anak ni. Syukur Alhamdulillah.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20