Kelas Blog dan FB Ads yang sangat best di ASB MEGA 2.0

December 29, 2014

Assalammualaikum,

Alhamdulillah dapat juga attend kelas Blog dan FB Ads di ASB Mega 2.0 ni. Beruntung sangat kali ini buat kat Penang. Tapi sebenarnya itu semua bukan penghalang sangat kalau betul nak belajar sebab semalam ada yang dari KL, Melaka, malah dari Bintulu pun ada tau. Apa yang menarik nya ASB Mega 2.0?

Blogging since 2008

Hehehe kononya la kan, sudah menjadi Blogger dari tahun 2008, tapi banyak lagi ilmu pasal blogging yang tak tahu, terutama sekali pasal Blog Marketing lah kan. Cara penulisan yang baik dan banyak lagi lah. Memang tak rasa rugi spend duit untuk ke kelas ini. 

FB Ads dan Power Editor ilmu baru untuk saya

Alhamdulillah, ni antara yang ditunggu-tunggu juga. Sebab selama ni memang tak ada ilmu pasal FB Ads ni. Banyak manfaat rupanya ye. Dan lebih untung harga kelas ni murah sahaja, ilmu Blog dapat, ilmu Fb Ads pun dapat. Kalau kat luar nak belajar FB Ads dan Power Editor ni pun dah RM400 seorang tau. 

Untuk anak-anak Shaklee Jiha, InsyaAllah akan ku salurkan ilmu yang dipelajari pada mereka yang betul-betul ada semangat nak belajar pasal ini. Tak sabar dah ni nak kongsi. Hehehee

kelas fb ads
Yang bestnya join Shaklee ni boleh jumpa kawan lama...kak Maria kawan satu ofis masa kerja di Sirim dulu

kelas fb ads
Me-Master Lyna Noh-Kak Maria-Dila Jalil

master shaklee
Ayoyo neni tak pandang kamera ye

master lyna noh
Freestyle hehehe

Pergi ke kelas dengan Anak Kecil

First time pergi kelas dengan Auni Nadra sahaja. Tiada ayah yang nak tolong tengokkan sambil ibu salin nota, sambil ketik ketik keyboard laptop. Agak mencabar juga tapi itu semua bukan halangan. Masih dapat fokus dalam kelas. 

Sambil menyusukan anak pun boleh salin nota hehehe. Tapi macam-macam persediaan bawa anak kecil ni bagi nak memudahkan urusan kelas 2 hari ini. 
  • Bawak stroller dia (selalu babywearing je) supaya kalau dia tidur boleh letak, 
  • nursing poncho wajib bawa supaya boleh menyusukan sambil salin nota tu, 
  • roti dan biskut untuk kudapan dia, 
  • toys sikit dan tab untuk pasang hiburan sekali sekala. Auni Nadra ni bukannya melekat sangat dengan tab atau tv macam Aqeef hehe (Alhamdulillah). 
Dan nasib baik kat kelas ni ada disediakan kid's corner, so ada coloring book and pencil color, ada belon, so seronok lah anak-anak.

Ok lah...ilmu kita dah tuntut, kena lah apply ye dak. Untuk yang berminat nak dapatkan tips yang menarik dari kelas ini, kenalah jadi anak Shaklee Jiha dulu hehehe. FOC sahaja ilmu yang akan Jiha kongsikan.

No Phone : 0123807024
BB Pin : 7B792BA3
Email : sitinajihah83@gmail.com
Facebook : Najihah Razali

LAGI ARTIKEL MENARIK

1 comments

Thanks Lovelies