Skip to main content

5 PETUA MUDAH NAK TEGANGKAN KULIT MUKA

Assalammualaikum semua....

Kulit yang tegang memang cantik kan. Lebih anjal dan nampak muda.
Tapi kalau kulit super tegang dari hasil Botox atau plastic Surgery, manalah cantiknya.

Baru-baru ni Jiha ada ternampak satu preview video di Youtube. Ada satu movie reunion bakal keluar pada tahun 2015 nanti. Cerita ni sebelum ni bersiri. Lama dah. Cerita 'Omputih' ye. Jiha memang suka la sebab pasal friendship. Tapi bila tengok video tu, alahai rasa sayangnya bila tengok muka artis tu ada yang kembung, mulut tertarik. Dah tak cantik jadinya. Mostly artis perempuan yang obses sangat nak kulit tegang kan. Artis lelaki pun ada juga kot tapi tak ramai sangat berbanding perempuan rasanya.

Kenapa orang buat juga walaupun dah banyak contoh 'kulit super tegang yang tak cantik'?

1. Mungkin mereka rasa kulit super tegang tu cantik kot.

2. Terlalu takut dengan kedutan dan pipi yang gelebeh dan mahu kesan yang cepat.

Ya tak salah kalau nak cantik, tapi banyak sangat cara yang lebih semulajadi dan selamat untuk cantik

botox haram ke

Jom tengok apa Petua Nak Tegangkan Kulit Muka dengan cara yang Mudah


1. Jaga pemakanan dari muda.
Rasanya kalau kita jaga pemakanan kita dari muda lagi kesan penuaan tu tidaklah teruk sangat kan. Makan secara seimbang dengan lebihkan sayur dan buah-buahan. Dan disebabkan 'food product' iaitu buah-buahan pun kini sudah di 'GMO' kan. Khasiat tu sudah berkurang sebenarnya. Jadi pastikan kita lengkapkan dengan mengambil makanan tambahan.

2. Elakkan bergantung dengan ubat.
Kalau korang kerap sakit, cuba ikhtiar dengan melengkapkan nutrient harian dari mengambil ubat secara berterusan. Ubat mengandungi dadah dan dadah tidak bagus untuk sistem badan kita lebih-lebih lagi kalau diambil secara berterusan

3. Detoks dengan betul.
Ini ramai yang ambil mudah padahal ianya proses yang sangat penting untuk kita hidup lebih sihat, kulit lebih cantik. Banyak penyakit berpunca disebabkan badan tidak detoks dengan betulWaktu detoks yang paling sesuai adalah diantara pukul 11pm -2am. Masa ni kita sepatutnya berada dalam keadaan rehat (tidur) supaya proses detoks berjalan dengan lancar. Pastikan minum air secukupnya, amalkan minum infused water, ambil supplement yang selamat untuk detoks seperti Alfalfa atau Herblax.

4. Tinggalkan TABIAT NEGATIF
Berhenti merokok, jangan minum minuman beralkohol (untuk orang Islam HARAM ya) . Ye, tabiat buruk ini akan menyebabkan badan kita rosak. Bila sel dalam badan rosak, maka badan akan jadi tidak sihat dan kesannya akan nampak pada kulit kita. Nampak lebih tua dan kulit kusam.

5. Senyum itu SEDEKAH
Senyum lah, senyum lah. Senyum mengubat jiwa, Kalau kita sering stress, ianya boleh jadi faktor cepat tua dan kulit jadi bermasalah. Jadi senyum lah agar terubat jiwa kita. Agar hilang stress di kepala. Senyum ye.



Mudah sahaja kan nak kekal cantik. Tiada istilah 'Beauty is painful'. Manusia yang beria dan berlebih sangat nak dapatkan kesan cepat tapi hasilnya tak ke mana malah lebih memudaratkan untuk jangka masa panjang.

Ok....Selamat Bercantik-Cantik dengan SELAMAT.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20