Salam semua,
Vitamin E dan Vitamin C sangat sinonim kan dengan kecantikan. Dalam mana-mana produk kecantikan pun, pencuci muka ke, cream ke, ada juga Vitamin E dan C. Vitamin E selalu orang kaitkan dengan parut.
'Kulit aku banyak parut la, nak cari cream Vitamin E la'
Vitamin C pula selalu dikaitkan untuk dapat kulit yang berseri-seri dan sentiasa segar. Sampaikan ada yang sanggup cucuk-cucuk Vitamin C kat muka.
Bukan sekadar untuk cantik
Ketahuilah yang kedua Vitamin ni bukan sahaja untuk cantik. Banyak manfaat lain tau. Yang penting, pengambilan yang konsisten, mampu memperbaiki taraf kesihatan kita. Badan yang sihat akan menghasilkan kulit yang cantik, riak wajah yang ceria. Betul tak.
Jadi sebenarnya Vitamin E dan C ni lebih elok dimakan dari hanya sapu cream pada luaran atau cucuk-cucuk pada muka. Banyak manfaat nya.
Ngeri nya kena cucuk |
Antara Manfaat Vitamin E
1. Melindungi jantung kita dengan pengambilan 800IU sehari
2. Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif, sesuai untuk pasangan yang ingin kan zuriat. Dengan pengambilan 600 ke 800IU
3. Anti-penuaan, mengurangkan garis halus, parut, kulit kering, akne dan bintik penuaan, 400IU @ sebiji Vita E Complex
4. Anti oksidan yang kuat, bagus untuk membantu melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas, memperbaiki masalah oksidasi, katarak dan masalah penglihatan, 1200IU
5. Kelestarian Tenaga seksual
6. Memperbaiki arthiritis
Antara Manfaat Vitamin C
1. Membentuk Kolagen - Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
2. Memperbaiki simptom pendarahan- Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
3. Peningkatan sistem imun- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mengurangkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.
4. Memerangi kanser- Ia adalah satu-satunya antioksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
5. Mencantikkan kulit- Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
6. Memperbaiki Insomnia- Ia memperbaiki Insomnia, stres masalah berkaitan mental seperti keresahan.
7. Mengekalkan kolestrol sihat- Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.
Cantik dengan Selamat
Nah, banyakkan manfaat Vitamin E dan C ni. So jangan hanya jaga luaran sahaja. Dalaman lagi penting, dalaman ni macam enjin kita la.
Kereta BMW kalau kita polish body dia je, memang cantik. Tapi kalau enjin dia tak jaga, tak maintain secara berkala, rosak juga. Tak boleh jalan, bila tak boleh jalan, mesti la kita akan stop polish body dia. Maka akan buruk lah jugak nanti. Hehehehe perumpamaan BMW pulak ye. BMW kan mahal, tapi badan kita, kesihatan kita LAGI MAHAL. So jagalah sebaiknya.
Ambil makanan yang kaya Vitamin dan juga cukupkan dengan makanan tambahan yang selamat.
Salam sis, blog yg informative
ReplyDeleteTq dear :)
Delete