Skip to main content

RASA MALU DENGAN KULIT BERJERAWAT DAN PARUT

Assalammualaikum...


Betul tak apa yang Jiha katakan ni, Rasa Malu dengan kulit berjerawat dan parut. Jiha pun pernah rasai dengan parut chicken pox yang hitam tu huhuhu.

Dan sekaligus ianya boleh menyebabkan tahap keyakinan kita jatuh menjunam. Mungkin ada yang tidak kisah tapi Jiha yakin kebanyakkan nya begitu kan. Dan lebih-lebih lagi kepada orang perempuan kan.

Berjerawat batu sejak dari zaman sekolah menengah

Zaman yang paling tak best kalau ada jerawat. Sebab kalau ada jerawat, gemuk ke, mesti kena ejek. Anak-anak remaja suka mengusik. (Mintak-mintak la anak ku nanti pandai jaga mulut nya huhu, macam ibu dulu hehehe).

Kadang kesian pun ada tengok orang yang kulit bermasalah ni. Nampak sangat low self esteem nya tu. Sebenarnya kalau nak tahu, masa sekolah pun Jiha banyak jerawat, tapi orang kata jerawat pasir ye. Dari jauh tak nampak, tengok dekat-dekat baru la nampak hehehe. Yang jerawat besar selalunya tumbuh kat line pakai serkup tudung tu. Hahaha pandai dia sorok.


Interview kerja pun tak yakin

Ada ye kawan yang kata tak yakin nak pergi interview sebab muka bermasalah sangat. Malu dengan tukang interview tu. Dan kalau tak silap Jiha, ada juga terbaca kat majalah ke apa (lupa), memang ada juga yang mengalami masalah macam ni.


Berhenti lah sorok dengan foundation

Sampai bila kan nak sorok dengan foundation je. Bukan makin baik pun kulit. Jerawat dan parut tu bukan nya dirawat tapi disorok. Tutup dengan foundation je. Kat luar mungkin boleh tutup, tapi di rumah takkan la nak sentiasa pakai foundation je. Nanti dah kawen, bakal suami tu ingat muka kita elok sebab tak perasan dek foundation. Nanti dah kawen, terus 'Opocot mak kau' hehehe.


Baikkan kulit anda segera...ni tips Jiha

  1. Tahu apa punca. Dari segi pemakanan ke, atau adakah korang ni yang jenis sukar buang air besar ke?
  2. Jaga pemakanan, kurangkan makanan bergoreng dan berminyak. Kalau kulit korang jenis sensitif ataupun memang ada allergik makanan, jaga makan tu. Jangan ikut tekak.
  3. Salah satu punca kulit bermasalah ialah kerana tidak detoks dengan betul. Pastikan minum air secukupnya dan dapatkan produk untuk detoks yang selamat.
  4. Cantik di dalam, cantik di luar. Faham tak maksud ni? Sila lah rawat yang di dalam dulu iaitu sel badan kita, dan InsyaAllah akan cantik di luar. Kalau korang mementingkan kecantikan luar je, tepek la cream canggih macam mana pun kat muka, ianya tak lama. Nanti akan teruk, cepat kedut balik.
  5. Rawat dari dalam dengan nutrien yang secukupnya. Pastikan sel anda tidak tua sebelum usianya. Baru umur 30an tapi semua orang cakap dah macam umur 40an.


Ini yang Jiha amalkan.

Seperti tips di atas ni, Jiha memang amalkan semuanya. Minum air banyak, detoks dan Jiha pastikan muka tak nampak tua sebelum waktu. Dah la suami pun sebaya. Kan orang kata orang perempuan lebih cepat nampak tua dari orang lelaki kan. Jadi memang takkan biarkan itu terjadi hahahaa. Jadi memang Jiha makan vitamin untuk jaga sel dalaman Jiha. 

Bila dah masuk 30an memang macam ni, plus pernah berparut hitam yang degil..so this is my saviour..badan pun sihat

Ambil ESP untuk gantikan kulit-kulit yang dah mati, Vitamin E dan Vitamin C untuk masalah parut dan beri keserian pada kulit muka, Collagen untuk keanjalan sebab bila kita dah masuk 30an, tahap collagen dalam badan memang akan berkurang (tak boleh jadi ni kan hehehe) dan yang paling best sekali ialah Vivix iaitu tonik anti-penuaan. Muda 25 tahun gitu. Sel badan yang sihat seperti kita 25 tahun yang lepas. Tapi muka pun tak mustahil untuk nampak lebih muda 25 tahun gitu. Ada orang kata saya budak sekolah hehhee.




Kalau korang pun nak mencuba atau nak borak apa saja tentang penjagaan kulit, boleh hubungi Jiha ye. Nak sms boleh, whatsapp pun boleh....Kalau nak call, susah sikit, bukan apa, Jiha ada anak kecil di rumah ni. Kang dengar suara dierang je la kat sebelah telefon tu hehehehe. I am a Work at Home Mom. So beginilah pun keadaan nya di rumah. Saya suka hehehe.

Najihah Razali
0123807024

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20